RAKAMAN kejadian. FOTO Ihsan Pembaca
RAKAMAN kejadian. FOTO Ihsan Pembaca
Zuliaty Zulkiffli


TEMPOH reman terhadap empat suspek yang disyaki terbabit dengan kes ragut membabitkan lelaki warga emas berhampiran Pasar Billion, di Alor Setar disambung tujuh hari, bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan disyaki mempunyai beberapa kes lain yang berkaitan dengan suspek ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang lelaki warga emas cedera di lengan dan kaki selepas disamun tiga lelaki yang menaiki motosikal sebelum diseret beberapa meter di kawasan berhampiran Pasar Billion.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa, Choo Tar Cheang, 66, mengayuh basikal sebelum dihampiri dua motosikal dan seorang daripada suspek merentap beg tangannya.

Lebih menyedihkan, Choo diseret sehingga seluarnya tertanggal. Mangsa kerugian RM300 akibat kehilangan beg tangannya dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

[UPDATE] Dah kena tahan...

Dasar penyamun... [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2019 @ 6:24 PM