MOHD Zaki Ibrahim. FOTO Facebook Mohd Zaki Ibrahim
MOHD Zaki Ibrahim. FOTO Facebook Mohd Zaki Ibrahim
Siti Rohana Idris

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri di Makkah.

Beliau juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Alami (PEKA) dimasukkan ke Hospital King Aziz, Makkah berikutan komplikasi penyakit kencing manis yang dihidapi dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Setiausaha PEKA, Azhar Ibrahim, berkata Mohd Zaki pergi ke Makkah bersama keluarganya untuk menunaikan umrah sejak seminggu lalu dimasukkan ke ICU malam tadi.

“Saya diberitahu oleh isterinya bahawa Mohd Zaki tiba-tiba demam beberapa minit sebelum berbuka puasa malam tadi.

“Dia diberikan ubat tapi muntah selepas itu sebelum tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azhar berkata, Mohd Zaki menunaikan umrah bersama isteri dan empat anaknya dan dijangka pulang ke tanah air pada 2 Syawal nanti.

Katanya, sepanjang berada di Makkah, bekas ADUN Kelaboran itu berkerusi roda kerana kakinya sakit dan berkemungkinan ia disebabkan berlaku jangkitan kuman di kaki.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2019 @ 5:36 PM