GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Junaidi Ladjana


DATUK yang mempunyai tiga cucu ditahan polis selepas disyaki merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di rumahnya di Kota Kinabalu, tengah malam tadi.

Suspek berusia 66 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah malam selepas polis menerima laporan kejadian, petang semalam.

Dia dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu bermula Jun 2018 lalu dengan cara mengajak mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam ke rumah sebelum dibawa ke bilik tidur.

Difahamkan mangsa anak jirannya dan kegiatan terbongkar apabila rakan mangsa menceritakan kepada ibu kanak-kanak itu pada 3 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, laporan diterima daripada keluarga mangsa dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2019 @ 1:25 PM