SUSPEK ditahan selepas mengamuk sehingga memecahkan alat penapis air di Balai Polis Manggatal. FOTO Ihsan PDRM
SUSPEK ditahan selepas mengamuk sehingga memecahkan alat penapis air di Balai Polis Manggatal. FOTO Ihsan PDRM
Junaidi Ladjana


LELAKI ditahan selepas mengamuk sehingga memecahkan alat penapis air di Balai Polis Manggatal, Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian 5.07 pagi itu, suspek berusia 30 tahun yang dipercayai dalam keadaan mabuk dikatakan mengamuk di rumahnya di Kampung Muhibah, Manggatal.

Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, ahli keluarga suspek menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, selepas menerima laporan itu, dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang lelaki disyaki dalam keadaan mabuk bertindak agresif menyebabkan anggota polis membawa suspek ke Balai Polis Manggatal, untuk siasatan lanjut.

"Ketika di balai polis, suspek semakin agresif sehingga memecahkan alat penapis air di dalam balai berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Majinji berkata, berikutan itu, anggota polis bertindak tegas menahan suspek terbabit mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Ogos 2018 @ 12:12 PM