BINTULU 18 MAC 2019. Jeti yang dipercayai tempat kanak-kanak lelaki berumur dua tahun bermain sebelum tergelincir  dan di temui lemas di Sungai Sebiew, Bintulu. STR/ERIKA GEORGE
BINTULU 18 MAC 2019. Jeti yang dipercayai tempat kanak-kanak lelaki berumur dua tahun bermain sebelum tergelincir dan di temui lemas di Sungai Sebiew, Bintulu. STR/ERIKA GEORGE
Erika George

KESERONOKAN kanak-kanak lelaki bermain di Jeti Sungai Sebiew, Bintulu berakhir tragedi selepas ditemui lemas, semalam.

Kejadian 2.52 petang itu berlaku berhampiran kawasan setinggan di Batu 2, Jalan Sultan Iskandar ketika kanak-kanak berkenaan leka bermain sebelum tergelincir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata, lapan anggota bersama dua jentera bomba, termasuk Unit Khidmat Rawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat itu.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati kanak-kanak malang itu, Raymond Machan Elizabeth Gandu, 2, ditemui ahli keluarga, namun tidak sedarkan diri.

“Anggota EMRS kemudian melakukan bantuan pernafasan (CPR) sebelum dia dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak memberi sebarang respons sebelum disahkan meninggal dunia pada 3.20 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan di Bintulu, hari ini.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk tujuan pemeriksaan serta bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 2:11 PM