WAHID (tengah) melancarkan TELEPOD-UTM. FOTO ihsan UTM
WAHID (tengah) melancarkan TELEPOD-UTM. FOTO ihsan UTM
Mohd Sabran Md Sani


UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) terus mempromosi kampus hijau dan lestari apabila menjadi universiti pertama di negara ini melancarkan TELEPOD-UTM melalui penggunaan skuter elektrik dalam kampus.

Pelancaran program usahasama pintar antara UTM dengan TELEPOD itu disempurnakan Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar bagi menyahut inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari (SGD).

Dr Wahid berkata, inisiatif itu bagi memperkenalkan teknologi penggunaan pengangkutan rendah tenaga dengan penyediaan alternatif pengangkutan, selain mempromosikan budaya hidup sihat dan lestari.

“UTM adalah universiti pertama terpilih menjalinkan kerjasama ini dan antara pelopor yang menekankan aspek kelestarian jejak karbon dan dimasukkan dalam pelan global pencapaianUTM sejak 2015.

“Peranan universiti amat besar dalam membantu negara mencapai SGD untuk kelestarian masyarakat dan melalui pelaksanaan kerjasama TELEPOD-UTM akan membantu mencapai sasaran SGD,” katanya ditemui ketika pelancarannya di Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim UTM Skudai, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Alam Sekitar Johor, Datuk Dr Muhammad Ezani Mat Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Cheo Yee How dan Ketua Pegawai Eksekutif TELEPOD, Jin Ni Gan.

Katanya, universiti itu tidak mengeluarkan pelaburan bagi peletakkan skuter elektrik dalam kampus kerana kerjasama dilaksanakan mengikut model bisnesmembabitkan persatuan keusahawanan UTM dengan TELEPOD.

Menurutnya, penggunaan skuter elektrik itu sepatutnya memberikan kegembiraan kepada warga kampus apatah lagi ia tanpa karbon.

“Sebab itu saya katakan skuter ditawarkan TELEPOD ini inisiatif terbaru UTM dalam mempromosi Kampus Hijau dan Kampus Lestari.

“Malah penggunaannya juga mudah dengan pelajar dikehendaki memuat turun aplikasi TELEPOD yang turut disertakan bacaan kod Respons Pantas (QR) ketika berurusan,” katanya.

Beliau berkata, peranan universiti amat besar dalam membantu negara mencapai SGD untuk kelestarian masyarakat.

“Ia merangkumi usaha memastikan akses kepada tenaga yang mampu dimiliku boleh dipercayai, lestari dan moden untuk semua.

“Pada masa sama membina infrastruktur berdaya tahan, menggalakkan perindustrian inklusif dan lestari serta menggalakkan budaya inovasi di peringkat universiti,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, TELEPOD, ssbuah papan e-skuter cetusan idea sekelompok anak muda yang menamatkan pengajian di universiti di Singapura.

“Konsep ini adalah pelopor dalam membangunkan kemajuan pengangkutan lestari yang memenuhi keperluan segera universiti yang mementingkan keberhasilan Pelan Kampus Rendah Karbon.

Sementara itu, Jin berkata, bagi fasa pertama perlaksanaan, syarikat itu akan sebanyak 30 buah skuter yang akan disediakan di beberapa lokasi di sekitar kampus.

“Dengan hanya memuat naik aplikasi TELEPOD, pelajar boleh mengaksesnya dan perlu mempunyai e-wallet yang juga dompet elektronik bagi membolehkan traksaksi dilakukan,” katanya.

WAHID (kanan) mencuba skuter elektrik dalam kampus. FOTO ihsan UTM
WAHID (kanan) mencuba skuter elektrik dalam kampus. FOTO ihsan UTM

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Februari 2019 @ 12:46 PM