AZHAN berkata, selain menahan suspek, polis merampas wang tunai RM21,250 dan Perodua Myvi dipercayai baharu dibeli menggunakan wang persaraan ibu mangsa.
AZHAN berkata, selain menahan suspek, polis merampas wang tunai RM21,250 dan Perodua Myvi dipercayai baharu dibeli menggunakan wang persaraan ibu mangsa.
FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Mohamed Farid Noh


BATU PAHAT: Seorang guru kacak yang cuba memperdayakan kekasihnya supaya menyerahkan wang persaraan ibu wanita itu berjumlah RM500,000 terjerat apabila ditahan polis di sebuah pusat beli-belah terkenal di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi, suspek berusia 35 tahun yang sudah berkahwin dan menyamar guru dari Seremban ditahan pasukan polis selepas kekasihnya membuat laporan apabila menyedari dirinya ditipu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, selain menahan suspek, polis merampas wang tunai RM21,250 dan sebuah Perodua Myvi bernilai RM60,000 dipercayai baharu dibeli menggunakan wang persaraan ibu mangsa.

“Manakala baki wang RM414,000 yang masih berada dalam akaun suspek turut dibekukan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 28 tahun mengenali suspek yang mengaku guru selama dua bulan menerusi laman sosial Tinder sebelum bercinta serta beberapa kali bertemu di daerah ini.

“Suspek memperdayakan mangsa kononnya dalam proses penjualan sebidang tanah bernilai RM5.5 juta dan memerlukan wang untuk bayaran guaman.

AZHAN berkata, selain menahan suspek, polis merampas wang tunai RM21,250 dan Perodua Myvi dipercayai baharu dibeli menggunakan wang persaraan ibu mangsa.
AZHAN berkata, selain menahan suspek, polis merampas wang tunai RM21,250 dan Perodua Myvi dipercayai baharu dibeli menggunakan wang persaraan ibu mangsa.

“Akibat terpedaya dengan pujuk rayu suspek yang berwajah kacak, mangsa membuat beberapa transaksi wang berjumlah RM500,000 ke akaun suspek menggunakan wang persaraan milik ibunya, namun selepas bayaran dilakukan suspek menghilangkan diri dan gagal dihubungi.

“Mangsa membuat laporan 13 Januari lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azhan berkata, suspek direman hingga Khamis depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Katanya, semakan rekod mendapati suspek dikehendaki dalam tujuh kes penipuan di negeri lain.

Berikutan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terpengaruh atau terpedaya dengan orang baru dikenali melalui aplikasi laman sosial supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Februari 2019 @ 10:41 AM