ANGGOTA bomba bersama polis melakukan mencarian anggota badan dua mayat yang dikerat di dalam sungai berhampiran kawasan perumahan Desa Coalfields, Sungai Buloh, hari ini. FOTO Syarafiq Abd Samad.
ANGGOTA bomba bersama polis melakukan mencarian anggota badan dua mayat yang dikerat di dalam sungai berhampiran kawasan perumahan Desa Coalfields, Sungai Buloh, hari ini. FOTO Syarafiq Abd Samad.
Nurul Hidayah Bahaudin


POLIS melancarkan operasi mencari anggota badan dua mangsa yang ditemui terapung di sungai berhampiran kawasan perumahan Desa Coalfields, Sungai Buloh, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, operasi itu dilakukan bermula 3 petang hari ini di lokasi dua mayat berkenaan ditemui.

“Operasi mencari itu disertai oleh unit skuba dan unit anjing pengesan (K9) bagi mengesan anggota badan lain kedua-dua mangsa yang belum ditemui.

“Operasi akan bertumpu di sekitar lokasi kedua-dua mayat berkenaan ditemui, semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, bedah siasat terhadap anggota badan dua mangsa terbabit sedang dijalankan di Hospital Sungai Buloh bagi mengenal pasti identiti mereka.

Sebelum ini, akhbar melaporkan penemuan satu mayat lelaki dan satu mayat wanita di sungai berkenaan oleh orang awam pada 4 petang semalam.

Kedua-dua mayat berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sempurna iaitu tiada kaki dan tangan dan sudah reput kerana dipercayai meninggal dunia kira-kira dua minggu lalu.

Mayat dua mangsa terbabit dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum dicampak di sungai berkenaan.

Berita berkaitan

'Mayat lelaki, wanita tanpa anggota badan'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 January 2019 @ 6:43 PM