Laporan siasatan Bukit Kukus akan dibentangkan Rabu ini. FOTO NSTP
Laporan siasatan Bukit Kukus akan dibentangkan Rabu ini. FOTO NSTP
Siti Sofia Md Nasir


JAWATANKUASA Khas Siasatan bagi kejadian tanah runtuh di Projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus, Georgetown akan membentangkan hasil laporan kepada kerajaan negeri Rabu ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, beliau menerima maklumat daripada pengerusi jawatankuasa itu yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman bahawa laporan siasatan sudah pun selesai.

“Sehubungan itu kita minta mereka untuk bentangkan laporan berkenaan kepada kerajaan negeri pada Mesyuarat EXCO Rabu ini sebelum kita buat sebarang keputusan,” katanya pada sidang media hari ini.

Kon Yeow berkata, beliau juga berharap arahan pemberhentian sementara kerja di tapak itu dapat ditarik semula dan digantikan dengan syor baharu yang akan dibuat hasil daripada siasatan berkenaan.

Malah katanya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga akan diarah untuk mengambil tindakan sewajarnya sebelum projek lebuh raya itu diteruskan.

“Kerajaan negeri harap projek itu dapat diteruskan dengan mengambil kira syor baru, bagi memastikan tiada kejadian diingini berlaku lagi,” katanya.

Dalam kejadian 19 Oktober lalu, sembilan mangsa ditemui maut tertimbus manakala tiga lagi cedera di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus.

Projek bernilai RM545 juta itu dijangka siap pada Mac 2020 kerana beberapa faktor antaranya cabaran di tapak dan proses pengambilan tanah.

Projek itu membabitkan empat bahagian termasuk bahagian pertama iaitu pelebaran Lebuh Raya Thean Teik yang sudah siap sepenuhnya awal tahun ini.

Berita berkaitan

Siasatan tanah runtuh Bukit Kukus dah siap

href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/387825/dah-cakap-tapi-tak-mah...">Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/387927/tak-pasti-jumlah-seben...">Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh [METROTV]

href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/390148/sebulan-siasat-punca-s...">Sebulan siasat punca, sedia laporan

href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/387878/update-dah-jumpa-mayat...">[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga [METROTV]

href="https://www.hmetro.com.my/utama/2018/10/387763/3-maut-12-dikhuatiri-tert...">3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus

href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/388354/di-mana-kontena-misteri">Di mana kontena misteri?

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 2:30 PM