KEADAAN laluan di KM1.4 Lebuhraya Damansara-Puchong ke Shah Alam lengang berikutan ditutup, malam ini. FOTO Hasbi Sidek
KEADAAN laluan di KM1.4 Lebuhraya Damansara-Puchong ke Shah Alam lengang berikutan ditutup, malam ini. FOTO Hasbi Sidek
Hasbi Sidek


LALUAN di Kilometer 1.4 Lebuhraya Damansara-Puchong di Subang Jaya menghala ke Shah Alam ditutup sejak jam 8 malam hari ini.

Pemandu kenderaan dilencongkan ke Putra Height, manakala laluan masuk dari Putra Height ke laluan utama turut ditutup sepenuhnya.

Semua laluan yang ditutup berkenaan adalah akses ke Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya di mana lokasi berlaku kekecohan bermula awal pagi semalam dan awal pagi hari ini.

Sumber berkata, tujuan penutupan jalan terbabit bagi mengawal keadaan di kuil berkenaan.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 November 2018 @ 9:41 PM