POLIS berkawal di tapak rusuhan di Kuil Sri Mariamman, USJ 25. FOTO Mahzir Mat Isa
POLIS berkawal di tapak rusuhan di Kuil Sri Mariamman, USJ 25. FOTO Mahzir Mat Isa
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


POLIS menafikan pembabitan seorang anggotanya dalam kejadian insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Isnin lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, video yang tular sejak Isnin lalu yang mendakwa individu yang menyertai rusuhan berkenaan adalah anggota polis, tidak benar.

“Selepas diperiksa lelaki berkenaan adalah bekas sukarelawan polis, namun sudah lama diberhentikan atas sebab-sebab tertentu.

“Polis sudah memeriksa dan dakwaan berkenaan tidak benar sama sekali,” katanya pada sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Video berdurasi sembilan saat memaparkan seorang lelaki sedang mengawal kemarahan ketika rusuhan berlaku.

Video berkenaan mula tular di laman sosial selain gambar lelaki berkenaan memakai pakaian seragam pasukan polis.

Dalam kejadian pada 26 November lalu , 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.

Akibat kejadian rusuhan itu, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh berada di dalam keadaan kritikal.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 November 2018 @ 10:50 AM