LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Dziyaul Afnan Abdul Rahman

MAYAT tiga beranak yang ditemui lemas di Sungai Arau, Kangar, minggu lalu, belum dibenarkan dituntut oleh ahli keluarga, kata Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd.

Menurutnya, ini kerana pihak berkuasa masih menunggu hasil makmal berkaitan cap jari dan toksikologi.

Beliau berkata, sehingga kini, ketiga-tiga mayat masih berada di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Ahli keluarga mangsa ada ke HSB pagi tadi untuk menuntut ketiga-tiga mayat untuk proses pengebumian.

“Bagaimanapun, pihak hospital tidak membenarkannya,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Noor Mushar berkata, pihaknya masih menunggu laporan kedua-dua proses berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Kita tidak dapat pastikan bila proses berkenaan siap sepenuhnya dan kita meminta ahli keluarga untuk bersabar sehingga ia selesai,” katanya.

NSTP sebelum ini melaporkan tiga beranak ditemui lemas di Sungai Arau Khamis lalu.

Mereka dikatakan bertindak meminum racun sebelum terjun ke sungai akibat tekanan akibat hutang.

Berikutan itu, anak lelaki pasangan terbabit ditahan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Jumaat lalu, selepas dia turut dilihat kali terakhir bersama ibu, bapa dan adik perempuannya sebelum kejadian.

Malah, sampel darah lelaki itu turut dihantar ke makmal di HSB bagi mengesan sama ada dia turut meminum racun berikutan lelaki terbabit dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sejak tiga hari lalu, kerana mengalami komplikasi darah tinggi.

Berita berkaitan

Tiga beranak lemas: Ambil sampel darah anak sulung

[UPDATE] 'Cari duit nak kahwinkan anak lelaki...'

Polis tunggu laporan kimia tiga beranak lemas

'Mustahil mereka bunuh diri...'

[UPDATE] Tiga beranak minum racun sebelum terjun

[UPDATE] Kepulangan terakhir sebuah keluarga... [METROTV)

[UPDATE] Ingatkan lemas, rupanya....

Mayat dua beranak ditemui terapung

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 2:46 PM