Syalikha Sazili


KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menganjurkan kempen ‘Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan’ di Bangunan Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen, kakitangan Parlimen dan petugas media dijamu dengan lima jenis durian merangkumi durian kampung, Musang King, Kelong Istimewa, XO dan D24.

Selain itu, manggis, dokong dan rambutan serta nanas turut disediakan.

Kempen bertujuan memperkenalkan buah-buahan tempatan khususnya kepelbagaian jenis durian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Ogos 2018 @ 9:26 PM
ORANG ramai mengambil buah-buahan tempatan sempena kempen ‘Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan’ di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur., hari ini. FOTO/VIDEO Aswadi Alias
ORANG ramai mengambil buah-buahan tempatan sempena kempen ‘Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan’ di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur., hari ini. FOTO/VIDEO Aswadi Alias