TIADA Nama
TIADA Nama
Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris kepada tiga bayi dan lapan kanak-kanak.

JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kerjasama daripada waris amat penting bagi melancarkan urusan penempatan semula bayi dan kanak-kanak berkenaan.

Bagi kes pertama, JKM Wilayah Persekutuan menerima kes membabitkan bayi lelaki tanpa nama berusia sebulan yang dirujuk ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bayi berkenaan ditinggalkan selepas dilahirkan pada 4 Jun lalu dan mengikut rekod hospital, ibu kandungnya dikenali sebagai Diana Daud beralamat No 43B, Lorong Haji Taib 1, Chow Kit.

“Kes kedua membabitkan bayi lelaki berusia dua bulan hanya dikenali sebagai anak kepada Choong Hooi Leng.

Choong
Choong

“Kes ketiga juga membabitkan bayi lelaki ditinggalkan ibu kandung dikenali Yulis Anita Mat Lihat selepas dilahirkan pada 21 Mei lalu. Hasil semakan, wanita itu beralamat di Tingkat 15, Flat Selayang Mansion, Jalan Raja Laut,” katanya.

TIADA Nama
TIADA Nama

Kenyataan itu berkata, kes selanjutnya membabitkan kanak-kanak yang dijaga individu lain selepas ibu kandung meninggalkan mereka dengan alasan penjagaan sementara.

“Kanak-kanak lelaki, Ruthiran dan abangnya, Yugendran masing-masing berusia empat dan enam tahun dijaga Mailvaganam yang beralamat 768F, Jalan Sentul pada 20 Februari 2014.

Ruthiran dan Yugendran.
Ruthiran dan Yugendran.

“Selain itu, Siti Saleha Samhuri, 13, dirujuk suami isteri, Nor Sarifah Samdi dan suaminya, Syed Zubair Ali kerana menghadapi masalah menguruskan kad pengenalan diri serta pendaftaran persekolahan kanak-kanak itu.

“Maklumat diterima mendapati bapa kanak-kanak itu meninggal dunia pada 13 April 2009. Manakala ibunya seorang warga Indonesia dikenali sebagai Halimah,” katanya.

SITI Saleha
SITI Saleha

Katanya, Reni Dwi Andayani, 14, pula diletakkan di bawah jagaan sementara Fatimah Abdullah @ Alice Daiyu ketika berusia setahun selepas ibu bapanya berasal dari Indonesia pulang ke negara asal menguruskan pasport mereka.

 RENI  Dwi
RENI Dwi

“Kes selanjutnya, seorang remaja orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran, Siti Khadijah,16, yang ditinggalkan ibu kandung, Rohana Sarudin selepas melahirkannya di HKL pada 5 Januari 2002,” katanya.

  SITI Khadijah
SITI Khadijah

Sementara itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Subang Jaya turut mengesan waris kepada Nur Khayra Qalesya, kini berusia dua tahun yang dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ditemui orang awam di Masjid Darul Ehsan SS 15, pada 26 Februari 2016.

   NUR Khayra
NUR Khayra

“Kes sama membabitkan Dian Mikayla juga berusia dua tahun yang dijumpai orang awam di A-G-15 Apartment Sri Dahlia, Laman Puteri 3, Bandar Puteri Puchong pada 22 April 2016.

   dian
dian

“Bagi kes Ana Fadila Abdullah, 6, pula, dirujuk seorang lelaki mendakwa sebagai bapa kandung kerana kanak-kanak masih tidak di daftarkan kelahiran dan tidak bersekolah kerana masalah dokumen pengenalan diri,” katanya.

ANA Fadila.
ANA Fadila.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Julai 2018 @ 10:26 AM