NUR
NUR
Siti Fatimah Nasir

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) ingin mengesan ibu kandung atau waris yang mengenali seorang bayi, lima kanak-kanak dan seorang remaja untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi tujuan penempatan.

Bagi kes pertama, seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur berusia dua bulan yang kini dirujuk kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas ditinggalkan ibu kandungnya yang hanya dikenali sebagai Nur di wad bersalin HKL tanpa dokumen dan lawatan hingga ke hari ini.

Pihak hospital juga tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai ibu kandung bayi berkenaan yang kini ditempatkan sementara di Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar, Perak.

Bagi kes kedua, seorang kanak-kanak perempuan Nur Hidayah, 6, yang ditempatkan di bawah jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai sementara tempoh siasatan untuk mengesan ibu kandung atau warisnya.

Difahamkan, ibu kandung yang bernama Aishah adalah warganegara Indonesia diri enam tahun lalu selepas melahirkannya.

NUR Hidayah
NUR Hidayah

Bagi kes ketiga, pasangan adik-beradik Kishalan Samynathan, 9, dan Arisya, 3, yang terabai ketika dalam penjagaan ibu kandung kini ditempatkan di Institusi JKM atas perintah Mahkamah bagi Kanak-Kanak Kuala Lumpur.

Ibu dan bapa kandung kanak-kanak ini diperlukan untuk berbincang bersama pelindung bagi mengetahui perancangan penempatan selanjutnya bagi mereka.

PASANGAN adik-beradik, Kishalan Samynathan dan Arisya.
PASANGAN adik-beradik, Kishalan Samynathan dan Arisya.

Bagi kes keempat, seorang remaja perempuan Hamidah, 16, kini dirujuk ke JKM selepas diserahkan ibu dan bapa kandung yang kemudiannya menghilangkan diri.

HAMIDAH
HAMIDAH

Bagi kes kelima, seorang kanak-kanak lelaki bernama Prateep, 3, dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur pada 3 April 2014 tidak mempunyai dokumen pengenalan diri selepas ibu kandung, Miss Bangon Chaisomporn, warga Thailand menghilangkan diri sebulan selepas melahirkan kanak-kanak ini.

PRATEEP
PRATEEP

Bagi kes terakhir, seorang kanak-kanak lelaki bernama Galang, 6, yang kini dirujuk oleh penjaga, Ahmad Shafii Karim dan Masrokah Ramelan kepada JKM kerana mengalami kesukaran menguruskan hal kebajikan di mana penyerahan kanak-kanak ini tanpa sebarang bukti sah.

GALANG
GALANG

Orang ramai yang mengenali ibu kandung atau waris kepada semua kanak-kanak ini di minta hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur atau hubungi Pelindung, Ahmad Sofiyan Mohamad Redzwan di talian 03-26124121 atau 03-26124000.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2017 @ 8:39 AM