MAYAT mangsa dibawa ke kediamannya di Kampung Hilir Debak Laut di sini, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. FOTO Ihsan Bomba
MAYAT mangsa dibawa ke kediamannya di Kampung Hilir Debak Laut di sini, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. FOTO Ihsan Bomba
Erika George


Betong: Kegembiraan kanak-kanak lelaki mandi-manda di Sungai Debak di sini, bertukar tragedi selepas ditemukan lemas pada jarak 700 meter dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, mangsa, Mohd Naqib Iman Nasriman, 6, ditemukan terapung oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Debak pada 10 malam tadi di bahagian hilir sungai berkenaan.

"Selepas dijumpai, mayat kanak-kanak itu dibawa ke kediaman keluarga mangsa di Kampung Hilir Debak Laut di sini, sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2023 @ 7:37 AM