TIGA kenderaan milik guru musnah selepas dihempap tangki air yang pecah dan runtuk di Sekolah Menengah Agama Chenor, Maran, hari ini. FOTO Shahrul Nizam Mohamad.
TIGA kenderaan milik guru musnah selepas dihempap tangki air yang pecah dan runtuk di Sekolah Menengah Agama Chenor, Maran, hari ini. FOTO Shahrul Nizam Mohamad.
Shahrul Nizam Mohamad


TANGKI air di Sekolah Menengah Agama Chenor, Maran, runtuh dan pecah pada 6.15 pagi hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan, namun limpahan air dan serpihan tangki mengakibatkan tiga kenderaan milik guru musnah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mujibur Rahman ketika dihubungi mengesahkan ada melawat ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai tragedi itu.

“Saya terkejut dengan apa yang berlaku, tetapi bersyukur tiada kemalangan jiwa atau kecederaan terhadap mangsa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Julai 2018 @ 2:58 PM