Shaiful (kanan) menyampaikan tangki air kepada penduduk di kawasan Pedu, Padang Terap.
Shaiful (kanan) menyampaikan tangki air kepada penduduk di kawasan Pedu, Padang Terap.
Meor Riduwan Meor Ahmad


EMPAT belas keluarga kurang berkemampuan di kawasan Pedu, Padang Terap, hari ini menerima tangki simpanan air sebagai persediaan menghadapi gangguan bekalan air ketika Aidilfitri nanti.

Tangki simpanan, setiap satu berkapasiti 900 liter disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, Kama Noriah Ibrahim dan Setiausaha Politik Menteri Besar Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin hari ini.

Penerima terdiri daripada empat keluarga dari Kampung Masjid Baru dan 10 keluarga dari Kampung Masjid Lama.

Empat keluarga yang memerlukan di Kampung Masjid Lama juga menerima kit Barakah yang mengandungi barangan keperluan.

Kerajaan negeri baru-baru ini mengedarkan 2,000 tangki simpanan air untuk 16 kawasan di Kedah yang dikenalpasti sebagai kawasan kritikal bagi gangguan bekalan air ketika Aidilfitri kerana tekanan air yang rendah dan jumlah pengguna yang bertambah.

Tangki terbabit diedarkan di Kuala Nerang, Pedu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Derga, Kubang Rotan, Pengkalan Kundur, Sungai Tiang, Gurun, Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Bayu, Kupang, Kulim, Belatek dan Jeneri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017 @ 10:48 PM