TANGKI minyak yang terjatuh dari lori menyebabkan kesesakan jalan. FOTO Rosman Shamsudin
TANGKI minyak yang terjatuh dari lori menyebabkan kesesakan jalan. FOTO Rosman Shamsudin
Rosman Shamsudin for online


TANGKI minyak yang terjatuh daripada muatan lori menyebabkan kesesakan di Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur berdekatan Pejabat Pendaftaran daerah Muallim dekat Slim River, hari ini.

Kejadian 6 pagi itu dipercayai berlaku selepas bahagian tepi lori itu roboh ketika kenderaan berkenaan melalui selekoh.

Kenderaan lain yang lalu lalang ketika itu bagaimanapun terselamat kerana sempat membelok ke kiri untuk mengelak daripada dihempap tangki minyak kosong itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihak polis meletakkan kon untuk memastikan aliran trafik berjalan lancar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 12:50 PM