GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
BERNAMA

LEBIH 28,000 anak ayam hangus dalam kebakaran di ladang ternakan ayam di Kampung Rimbun Chenor, Maran, hari ini.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Maran, Shamsul Affendy Sulaiman berkata, bomba menerima maklumat tentang kejadian itu pada 4.07 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan tiga jenteta dan 11 anggota serta pegawai.

"Sampai di tempat kejadian, kebakaran didapati telah memusnahkan hampir keseluruhan reban bersaiz 110 x 14 meter yang menempatkan lebih 28,000 anak ayam.

"Bagaimanapun hasil tindakan pantas, kita telah berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke sebuah lagi reban lain yang menempatkan lebih 20,000 anak ayam," katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Menurutnya, ekoran kebakaran itu stor makanan ayam dan rumah pekerja turut rosak kira-kira 10 peratus, namun tiga pekerja yang tidur di rumah berkenaan ketika itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2017 @ 4:52 PM