MOHAMMAD Abdullah ketika hadir ke Mahkamah Majistret Port Dickson susulan kes bunuh anak perempuannya, Nur Aina Nabihah pada Januari lalu. -Foto IQMAL HAQIM ROSMAN
MOHAMMAD Abdullah ketika hadir ke Mahkamah Majistret Port Dickson susulan kes bunuh anak perempuannya, Nur Aina Nabihah pada Januari lalu. -Foto IQMAL HAQIM ROSMAN
Ifwan Tun Tuah


MAHKAMAH Majistret Port Dickson , hari ini memerintahkan kes seorang anggota tentera yang dituduh membunuh anak perempuannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Seremban.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, A Ashwini, membuat permohonan berkenaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang tarikh ditetapkan.

Tertuduh, Mohammad Abdullah Mohamed, 35, yang memakai pakaian lokap berwarna jingga kelihatan tenang.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Nur Aina Nabihah, 9, di rumahnya di Jalan Vista Jaya 5, Taman Vista Jaya, Lukut, di Port Dickson, antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam, 31 Januari lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabitkan kesalahan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kanak-kanak perempuan itu maut dipercayai akibat didera.

Bedah siasat mendapati dia mengalami kecederaan parah termasuk buah pinggang rosak, usus terkoyak dan patah tulang rusuk.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mei 2018 @ 12:22 PM