JUSTO (dua dari kanan) ketika tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes 1MDB. FOTO Irwan Shafrizan Ismail
JUSTO (dua dari kanan) ketika tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes 1MDB. FOTO Irwan Shafrizan Ismail
Wartawan NSTP


BEKAS pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo hadir sekali lagi ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pagi ini.

Beliau bertemu Pasukan Petugas Khas 1MDB dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justo dilihat tiba di bangunan itu pada 9 pagi.

Semalam, Justo turut hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk bertemu pasukan sama.

Kerajaan sebelum ini menubuhkan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang disertai bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mei 2018 @ 10:28 AM