JUSTO diiringi komando polis Thai ketika tiba di Pusat Tahanan Imigresen di Bangkok, semalam.  - Reuters
JUSTO diiringi komando polis Thai ketika tiba di Pusat Tahanan Imigresen di Bangkok, semalam. - Reuters

Bangkok: Pihak berkuasa Thai semalam membebaskan seorang warga Switzerland yang dipenjara atas tuduhan memeras ugut dan cubaan memeras ugut berkait dengan satu skandal yang ada hubungan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Xavier Justo adalah antara 150,000 banduan tempatan dan asing yang diberi pengampunan oleh Raja Maha Vajiralongkorn.

Dia akan diusir ke Switzerland, kata peguamnya.

Justo dipenjara selama tiga tahun pada Ogos tahun lalu selepas polis Thai berkata, dia mengaku memeras ugut bekas majikannya, Petrosaudi International, syarikat berasaskan minyak dan gas serta bekas rakan kongsi IMDB.

Selepas dibebaskan, Justo yang berkemeja putih, seluar biru dan selipar, dibawa ke pusat tahanan imigresen di tengah Bangkok dengan sebuah van serta diiringi empat komando polis.

“Saya gembira dihantar pulang. Saya berharap dapat pulang malam ini,” katanya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 11:22 AM