ZARIMA menunjukkan kuih dan puding yang dijual. FOTO Hazreen Mohamad
ZARIMA menunjukkan kuih dan puding yang dijual. FOTO Hazreen Mohamad
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


DALAM tempoh 15 minit, hampir separuh puding dan kuih-muih jualan Dayang Senandung atau nama sebenarnya, Zarima Zakaria, 34, di Bazar Ramadan Garden Homes, Seremban, habis terjual.

Zarima berkata, setiap kali Ramadan, puding dan kuih-muih dijual di gerainya menjadi pilihan ramai pelanggan tetap sejak mula berniaga pada 2012.

“Ini adalah tahun keenam saya berniaga di bazar Ramadan. Tidak perlu menjual makanan lain seperti nasi ayam atau makanan berat kerana saya tahu juadah ini pasti laris,” katanya.

Katanya, dia turut menjual sebanyak 20 jenis puding dan kuih tradisional antaranya kole kacang, nona manis, tepung pelita, popiah sire, puding cendol dan puding marble.

“Dalam banyak kuih yang dijual, tepung pelita, nona manis dan kole kacang paling mendapat sambutan,” katanya.

Katanya, setiap hari dia menjual 1,000 biji kuih dan puding di mana kebiasaannya habis terjual dalam masa sejam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mei 2018 @ 4:51 PM