MISS Peah (kiri) dan Tini menyusun kuih  di gerai mereka di Bazar Ramadan Pantai Dalam.
MISS Peah (kiri) dan Tini menyusun kuih di gerai mereka di Bazar Ramadan Pantai Dalam.
Siti Fatimah Nasir


Kuala Lumpur: Pengalaman dan minat mendalam dalam pembuatan roti jala dan kuih-muih tradisional Melayu sejak 22 tahun lalu menjadikan air tangan Miss Peah Muhammad, 46, istimewa hingga perniagaannya di Bazar Ramadan Pantai Dalam, di sini, laris sepanjang Ramadan.

Di bazar Ramadan ini, Miss Peah menjual 12 jenis kuih-muih Melayu seperti kuih pau sambal, roti sosej, karipap pusing sardin, karipap pusing ubi kentang, kuih ketayap, popia goreng, kuih buah Melaka, kuih tepung pelita, roti jala, agar-agar berwarna-warni dan menu sampingan tempe ikan bilis.

“Saya mula membuat kuih pada jam 2 pagi dengan menyediakan bahan mentah kuih dan mula menggorengnya pada jam 9 pagi sambil dibantu adik, Tini Muhammad, 32 dan anak, Wan Nurshuhaila Wan Kamaruddin, 16.

“Dalam sehari, saya mampu menyediakan sebanyak 1,000 kuih-muih termasuk menu roti jala bersama kuah kari yang dianggap paling istimewa di gerai ini,” katanya ketika ditemui di bazar Ramadan itu.

“Pembelajaran melalui aplikasi mudah alih sangat mudah, lebih-lebih lagi apabila saya perlu mengimbangi komitmen lain dan anak-anak pula masih kecil.” - Miss Peah Muhammad (Usahawan Program Coca-Cola KU).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2017 @ 6:43 AM