MOHD Shuhari dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
MOHD Shuhari dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
Zatul Iffah Zolkiply


PEMANDU lori dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, pada 2014.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shuhari Azlan Sudin, 31, dari Kampung Padang Tanjong Paya, Marang.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan lagi, sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Shuhari didakwa memandu sebuah lori di atas jalan raya dengan berbahaya sehingga berlakunya kemalangan dan menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, Mohd Zulfikar Abu Bakar, 36.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Nerus, jam 12.30 tengah hari, pada 13 Ogos 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Adila Mat Zaidan, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 April 2018 @ 4:23 PM