ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran bas persiaran dua tingkat di Kilometer 10.9 Jalan Kuala Lumpur-Genting Highlands, semalam. FOTO/IHSAN BOMBA
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran bas persiaran dua tingkat di Kilometer 10.9 Jalan Kuala Lumpur-Genting Highlands, semalam. FOTO/IHSAN BOMBA
Teoh Pei Ying


PEMANDU bas persiaran dua tingkat nyaris maut selepas kenderaan terbabit terbakar di Kilometer 10.9 Jalan Kuala Lumpur-Genting Highlands, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands Yusri Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.50 petang sebelum enam anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian, kami mendapati api sedang marak.

BAS persiaran itu musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu. FOTO/IHSAN BOMBA
BAS persiaran itu musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu. FOTO/IHSAN BOMBA

“Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadam sepenuhnya kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi.

Yusri berkata, pemandu bas, Saleemi Abdul Karim, 39, berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari kenderaan itu.

“Berdasarkan keterangan daripada pemandu bas, kebakaran dipercayai berpunca daripada tayar belakang kenderaan itu.

“Ketika kejadian, bas terbabit dalam perjalanan mengambil penumpang dari Genting Highlands dan pemandu terbabit tidak cedera,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 April 2018 @ 5:29 PM