Mohd Rizal Abdullah


PENDAKI lelaki warga United Kingdom (UK) maut selepas terjatuh ketika mendaki di Gunung Mulu, Miri, semalam.

Dalam kejadian pada 11.30 pagi, mangsa Nigel Bevan, 50, dikatakan terjatuh ketika dalam perjalanan turun dari Puncak Pinnacle iaitu antara laluan mencabar di gunung berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.07 malam tadi daripada pengurusan Gunung Mulu bagi meminta bantuan helikoter.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dibawa turun dari puncak itu.

Katanya, operasi menurunkan mangsa dilakukan pasukan penyelamat Gunung Mulu dan penduduk yang mengambil masa lapan jam perjalanan untuk kem berhampiran.

ANGGOTA penyelamat mengusung mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Miri, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA penyelamat mengusung mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Miri, hari ini. FOTO Ihsan JBPM

“Mangsa berjaya dibawa ke kem lima pada 6 pagi hari ini dan dibawa ke Hospital Miri menggunakan helikopter dari Unit Udara Bomba,” katanya.

Katanya, mayat mangsa tiba ke Hospital Miri pada 9.30 pagi hari ini dan diserahkan kepada pihak pengurusan hospital untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Mac 2018 @ 11:17 AM
PASUKAN penyelamat memeriksa keadaan Nigel yang maut akibat terjatuh di Gunung Mulu, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
PASUKAN penyelamat memeriksa keadaan Nigel yang maut akibat terjatuh di Gunung Mulu, hari ini. FOTO Ihsan JBPM