WARGA Filipina miliki dua identiti jantina, MyKad palsu ditahan anggota penguat kuasa JPN.
WARGA Filipina miliki dua identiti jantina, MyKad palsu ditahan anggota penguat kuasa JPN.
Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Siang bekerja sebagai jurujual lelaki di Sungai Udang di sini, lewat malam berpakaian wanita dan mencari pelanggan.

Ia kegiatan lelaki warga Filipina yang bebas mencari rezeki di negeri ini sejak lapan tahun lalu.

Berdasarkan maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, warga asing yang mempunyai identiti lelaki dan wanita itu menggunakan MyKad palsu.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN negeri Mohd Nasrom Yusof berkata, warga asing berusia 33 tahun itu ditahan ketika bekerja di kedai kasut, malam kelmarin.

“Hasil pemeriksaan menemui MyKad milik individu lain yang digunakan untuk mendapatkan pekerjaan termasuk pasport lawatan sosial tamat tempoh,” katanya.

Susulan itu anggotanya menyerbu dua rumah di Taman Peruna dan menahan suami isteri yang mendakwa dari Sandakan, Sabah.

Pemeriksaan mendapati MyKad dimiliki palsu.

Pengarah JPN negeri Norazle Sulaiman berkata, pasangan itu berada di negeri ini sejak 20 tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2018 @ 8:43 AM