BAS  yang ditahan dalam operasi, malam kelmarin.
BAS yang ditahan dalam operasi, malam kelmarin.
HM Digital

Klang: Lima pemandu bas termasuk empat daripadanya bas persiaran ditahan kerana positif dadah dalam operasi di Plaza Tol Kemuning dari Klang ke Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Dalam operasi mulai jam 7 malam, 20 pemandu kenderaan berat menjalani ujian saringan air kencing.

Pegawai Turus Penguat kuasa Lebuhraya Zon Tengah B, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Asisten Superintendan Rudy Syahrizal Elham berkata, operasi berkenaan dijalankan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta syarikat konsesi lebuh raya itu.

“Dalam operasi ini polis mengeluarkan 36 saman kepada pemandu kenderaan berat terutama bas.

“Selain itu, dua saman dikeluarkan atas kesalahan tayar botak,” katanya.

Menurutnya, operasi itu membabitkan 25 anggota dan pegawai agensi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2017 @ 9:01 AM