MANGSA maut dirempuh kereta selepas motosikal dibonceng melanggar lembu. FOTO Mohd Khidir Zakaria
MANGSA maut dirempuh kereta selepas motosikal dibonceng melanggar lembu. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


WANITA maut dirempuh kereta selepas motosikal dinaiki melanggar lembu di Kilometer 16, Jalan Seremban-Port-Dickson berhampiran Bandar Springhill, Port Dickson, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian 6.45 pagi itu, mangsa, S Sri Thanalachumy, 21, membonceng motosikal bersama rakan sekerja lelaki, P Mohandas, 21.

Katanya, mereka dalam perjalanan ke tempat kerja di kilang di kawasan berhampiran.

"Pada kejadian berkenaan, motosikal ditunggangi Mohandas melanggar lembu yang melintas jalan. Disebabkan itu kedua-dua mereka terjatuh sebelum wanita itu dirempuh pula kereta," katanya.

Zainudin berkata, mangsa maut di lokasi akibat parah di kepala serta badan manakala Mohandas cedera di tangan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Beliau berkata, saksi kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Syakinah Ahmad di talian 06-6472222," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 November 2017 @ 1:01 PM