POLIS sedang mengesan dua saksi kejadian bunuh di hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, Port Dickson. FOTO ihsan polis
POLIS sedang mengesan dua saksi kejadian bunuh di hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, Port Dickson. FOTO ihsan polis
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Polis sedang mengesan dua saksi utama yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan siasatan kes bunuh lelaki dipercayai kurang siuman di hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, di sini, pada 1 Mac lalu.

Dua saksi utama itu, Sin Poo Kiong, 40, beralamat di No. 12 Jalan Permas 8/21 Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor dan Leong Kar Yan, 34, beralamat di 31, Jalan Anggerik 25, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kedua suspek itu dikehendaki kerana dipercayai dapat membantu kejadian bunuh yang berlaku di hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut.

"Pada hari kejadian, jam 7.35 malam, polis menerima maklumat lelaki ditikam menggunakan objek tajam.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala suspek melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis giat mengesan suspek.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dua saksi itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Muhammad Azril Ahmad Rapiee di talian 012-7791224.

"Mereka juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6472222," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2023 @ 4:15 PM