ANGGOTA polis melaksanakan siasatan di lokasi kejadian. FOTO AFP
ANGGOTA polis melaksanakan siasatan di lokasi kejadian. FOTO AFP
Hayati Ibrahim


LAPORAN awal daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian tembakan rambang di Rancho Tehama, California, Amerika Syarikat, semalam.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan ini dan merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Amerika Syarikat, terutama kepada keluarga mangsa yang terbabit.

"Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles sedang berhubung dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan perkembangan terkini berkenaan insiden itu.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang maklumat lanjut, boleh berhubung dengan KonsulatJeneral Malaysia di Los Angeles di talian +1-213-892-1238 atau emel

[email protected]," katanya.

Dalam kejadian 8 pagi waktu tempatan itu, lima maut termasuk suspek, manakala 10 lagi masih dirawat di hospital berdekatan.

Tembakan itu dilepaskan lelaki yang membawa senjata separa automatik dan dua pistol di beberapa lokasi di utara California, sebelum mati ditembak polis.

Pihak polis dan media tempatan melaporkan, sekurang-kurang 10 lagi mangsa dilaporkan cedera, termasuk dua kanak-kanak di sekolah rendah berhampiran bandar Corning, yang terletak kira-kira 161 kilometer di utara Sacramento.

Berita berkaitan:

Lima maut tembakan rambang

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 5:11 PM