Ali  (kanan) menandatangani plak Program SSM  di SMK Putrajaya Presint 16, semalam.
Ali (kanan) menandatangani plak Program SSM di SMK Putrajaya Presint 16, semalam.
HM Digital

Putrajaya: Program Sukarelawan Sekolah Malaysia (SSM) diperkenalkan di 10 sekolah terpilih setiap negeri mulai tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelaksanaan program itu usahasama antara Kementerian Pendidikan dan iM4U bagi memupuk sikap kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.

“Pelaksanaan program ini memberi tumpuan terutama dalam kalangan pelajar sekolah seawal 13 tahun bagi mewujudkan nilai asas sukarelawan dalam diri mereka.

“Oleh itu, pelbagai aktiviti berkonsepkan sukarelawan diterapkan di peringkat sekolah melalui kegiatan kokurikulum sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Sukarelawan Sekolah Malaysia iM4U di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16 di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 November 2017 @ 6:23 AM