NAJIB beramah mesra bersama antara penerima anugerah kategori anugerah pencapaian emas ketika Malam Anugerah Sukarelawan Malaysia IM4U. Turut kelihatan, Ketua Pegawai Eksekutif, IM4U, Rudy Malik (lima kanan). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
NAJIB beramah mesra bersama antara penerima anugerah kategori anugerah pencapaian emas ketika Malam Anugerah Sukarelawan Malaysia IM4U. Turut kelihatan, Ketua Pegawai Eksekutif, IM4U, Rudy Malik (lima kanan). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Mohd Nasif Badruddin


Petaling Jaya: Masyarakat perlu bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan yang menjadi ejen penggerak agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, aktiviti kesukarelawanan adalah gelombang besar yang akan membantu memperkukuh kekuatan dalaman negara bagi menjayakan TN50.

"Saya mahu rakyat turut serta dalam agenda Transformasi Nasional antaranya menerusi aktiviti sukarela kerana kita hendak membina masyarakat yang berdaya tahan, baik hati dan penyayang.

"Kekuatan negara bukan hanya bersandarkan kepada kemajuan pengangkutan awam dan bangunan pencakar langit moden, tetapi kekuatan karektor rakyat seperti menerusi kesukarelawanan," katanya pada majlis Anugerah Sukarelawan Malaysia iM4U di sini, malam tadi.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif iM4U, Rudy Malik.

Sebanyak 13 individu dan organisasi yang aktif dalam kegiatan kesukarelawanan menerima anugerah yang julung kali diadakan anjuran iM4U.

Anugerah diberikan berdasarkan kekuatan program memberi impak kepada masyarakat, kebaikan kepada komuniti serta menggalakkan orang ramai tanpa mengira usia terbabit dalam aktiviti kesukarelawanan.

Penerima anugerah sukarelawan terbaik

1. Sektor Perkhidmatan Awam

Program Duta Jauhar - Yayasan Pelajaran Johor

2. Sektor Swasta

Program Perhutanan Setempat AEON - AEON Co (M) Bhd

3. NGO

Menjana Peluang Pembelajaran Bagi OKU - Persatuan Pembelajaran OKU

4. Dana DRe1M

Projek Teratak Semai - Pusat Pengajian Rekabentuk dan Seni Bina UPM

5. Organisasi Media

Bantuan Bencana: Projek Pemulihan Gempa Bumi Rabau Sabah - Yayasan Nanyang Press

6. Sekolah

Projek Warung Santalia - Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu

7. Personaliti

iAMFAITHMEN - Faizal Tahir

8. Anugerah Kempen Media Sosial Terbaik

The mBL Epic Build - myBurgerlab

9. Pilihan Ramai

Bersamamu - Primeworks

10. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

K Balasupraniam (Kapten Bala) - Aktivis keselamatan dan Pengasas Persatuan Menyelamat dan Kebakaran Sukarelawan Malaysia (MVFRA)

11. Anugerah iM4U fm (Lagu Kemanusiaan Terbaik)

Assalamualaikum - Faizal Tahir

12. Anugerah Khas Juri

Ramli Bakar - Kelab Kebajikan dan Pendidikan Puncak

13. Anugerah Superelawan Tahunan (Emas)

Projek Transformasi Belia Luar Bandar (TRY)

FOTO: ZAABA ZAKERIA DAN SHAHRIL BADRI

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 11:47 PM