IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Noor Hidayah Tanzizi


REMAJA lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mencari ketam di Kuala Manjung Point 5 di Manjung, malam tadi.

Amirol Saiful Mazlan, 15, dipercayai menangkap ketam di lokasi berkenaan bersama lima rakannya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata anggota bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung menerima panggilan pada 7.13 malam.

"Mangsa ditemui kira-kira 20 meter daripada lokasi dipercayai dihanyutkan, pada 7.40 malam.

"Pasukan perubatan yang hadir kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Abdul Azhar Ismail dan turut hadir Pegawai Kanan bertugas Zon 3 Perak, Mohd Akmal Hussin.

"Operasi tamat sepenuhnya pada 8.51 malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 9:55 AM