Pariasamy maut dalam kemalangan. FOTO Ihsan Polis
Pariasamy maut dalam kemalangan. FOTO Ihsan Polis
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


ANGGOTA polis berpangkat korporal bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan maut apabila Honda EX5 ditunggang terbabas sebelum dilanggar kereta di Jalan Besar Nilai, berhampiran Kolej INTI di sini, hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pada kejadian 1.30 pagi, M Pariyasamy, 57, menunggang bersendirian.

“Mangsa yang parah di kepala disahkan mati di lokasi. Mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban dekat sini, untuk bedah siasat.

“Pihak kami menzahirkan kesedihan mengenai kejadian ini. Mendiang sudah 33 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dikenali sebagai individu berwibawa,” katanya.

Mendiang meninggalkan seorang balu serta empat anak. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 12:45 PM