Quek Chin Fern didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kulai, hari ini. FOTO ihsan polis
Quek Chin Fern didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kulai, hari ini. FOTO ihsan polis
Mohd Sabran Md Sani


IBU tunggal warga Singapura didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kulai, hari ini, selepas mengaku salah atas tuduhan mencuri sepasang kasut bernilai RM300 pada 5 Ogos lalu.

Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal mengenakan denda terbabit terhadap Quek Chin Fern, 48, selepas mengaku melakukan perbuatan itu di pusat membeli-belah di Indahpura, Kulai.

Berdasarkan pertuduhan, wanita terbabit dituduh mencuri sepasang kasut bernilai RM300 di pusat beli-belah di Indahpura pada 2 petang, 5 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Hasffizan Roslan manakala tertuduh diwakili peguam, Hassan Abdul Karim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 5:26 PM