MOHD Hasrul (empat dari kiri) bersama rakan sekerja di Warung Qawwan Sri Bota.
MOHD Hasrul (empat dari kiri) bersama rakan sekerja di Warung Qawwan Sri Bota.
HM Digital

Bota: Seperti kembali ke zaman Melayu lama sebaik menjejakkan kaki ke warung Qawwan Sri Bota apabila pekerja di kedai kopi itu berbusana tradisional lengkap bertanjak di Kampung Seri Kaya, Bota Kiri, dekat sini.

Warung di bawah kelolaan Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia (Dendang Anak) Cawangan Perak itu mengekalkan budaya warisan Melayu termasuk pemakaian busana tradisional.

Pembantu gerai, Mohd Hasrul Mat Daud, 33, berkata, gerai makanan cawangan Bota itu beroperasi sejak dua tahun lalu.

Katanya, dia bersama pekerja lain bangga berbusana tradisional bersamping dan ber tanjak sejak setahun lalu.

“Pekerja di sini adalah ahli persatuan Dendang Anak dan kami biasa memakai busana tradisional dipakai rakyat jelata pada zaman dulu biarpun menguruskan gerai dari jam 7 pagi hingga 7 petang.

“Ini inisiatif kami mempromosikan kebudayaan Melayu supaya tidak hilang terutama pakaian yang melambangkan jati diri dan adab kesopanannya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2017 @ 7:34 AM