GURU dan kakitangan SK Darau, Menggatal menyertai gotong- royong selepas kawasan sekolah dinaiki air. FOTO Malai Rosmah Tuah
GURU dan kakitangan SK Darau, Menggatal menyertai gotong- royong selepas kawasan sekolah dinaiki air. FOTO Malai Rosmah Tuah
Junaidi Ladjana

SEMBILAN sekolah rendah di Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Kota Belud ditutup hari ini susulan banjir kilat, semalam.

Sekolah berkenaan ialah tiga di Kota Kinabalu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Darau, SK Rampayan dan SK Kitobu, manakala empat sekolah di Tuaran iaitu SK Lapotung, SK Rungus, SK Togop dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Tenghilan.

Dua lagi sekolah ditutup iaitu SK Timbang di Kota Belud dan SK Kem Lok Kawi di Penampang.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, penutupan sekolah berkenaan membabitkan 3,806 murid dengan 272 guru.

"Semua sembilan sekolah ini tidak beroperasi disebabkan ada antara sekolah terpaksa membersihkan kawasan sekolah dan kelas susulan terjejas banjir dan lumpur.

"Saya menjangkakan proses pembelajaran dapat diteruskan esok," katanya kepada media ketika meninjau proses pembersihan susulan banjir di SK Darau, Manggatal, Kota Kinabalu, hari ini.

Penyerang Barcelona Lionel Messi (kanan) dan Luis Suarez (kiri) kecewa dengan kekalahan pasukannya. FOTO AFP.
Penyerang Barcelona Lionel Messi (kanan) dan Luis Suarez (kiri) kecewa dengan kekalahan pasukannya. FOTO AFP.

Kerja pembersihan itu dilakukan secara gotong-royong oleh kira-kira 70 guru dan warga sekolah.

Semalam, 22 murid sesi petang SK Darau terkandas lebih tiga jam selepas kawasan sekolah digenangi banjir kilat sebelum dapat pulang ke rumah masing-masing mulai kira-kira 9 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 12:07 PM