Laporan portal berita Harian Metro sebelum ini.
Laporan portal berita Harian Metro sebelum ini.
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


PEGAWAI dan enam anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selalu lalu dilepaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

SPRM Pahang dalam kenyataan di Kuantan hari ini memaklumkan pihaknya membuat permohonan melepaskan tahanan reman ke atas semua suspek di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Kuantan, Humaira KM Haider.

Permohonan itu dibuat di Kompleks Mahkamah Kuantan hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan ke atas Inspektor, Koperal dan Lans Koperal itu selesai dilakukan selepas mereka direman empat hari.

Media sebelum ini melaporkan semua suspek ditahan bagi membantu siasatan selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM Pahang kerana disyaki bersubahat menerima suapan RM6,500.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Seri Simi Abd Ghani berkata, penahanan suspek berusia antara 28 hingga 53 tahun dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Berita berkaitan

Pegawai, anggota narkotik Pekan ditahan SPRM

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 6:54 PM