DADAH bernilai RM70,000 yang dirampas polis. Foto Ihsan Polis
DADAH bernilai RM70,000 yang dirampas polis. Foto Ihsan Polis
Muhaamad Hafis Nawawi


DUA lelaki ditahan polis dan heroin serta syabu bernilai RM70,000 dirampas, di hadapan rumah kedai di Taman Berangan, Sungai Petani, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Superintendan Helmi Aris berkata, sepasukan polis JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri yang menjalakan operasi di sekitar kawasan Sungai Petani menahan kereta dua lelaki berusia 30-an di hadapan rumah kedai terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kereta menemui satu beg plastik warna hitam di tempat letak kaki penumpang hadapan.

"Pemeriksaan lanjut menemui lima bungkusan plastik lutsinar berisi heroin anggaran 2.25 kilogram di dalam beg itu dan satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu anggaran 152.62 gram.

"Suspek kemudian ditahan dan siasatan mendapati mereka bersahabat baik serta penduduk tempatan tidak mempunyai pekerjaan menjalankan kegiatan mengedar dadah di daerah ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Helmi berkata, harga pasaran dadah yang dirampas bernilai RM70,000 dan ujian air kencing mendapati mereka negatif dadah.

"Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati," katanya.

DADAH jenis heroin dan syabu bernilai RM70,000 yang dirampas polis selepas menahan dua lelaki didi hadapan rumah kedai di Taman Berangan, Sungai Petani. Foto Ihsan Polis

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2017 @ 3:39 PM