Rumah kongsi yang musnah terbakar di Taman Semenyih Fasa 3, Semenyih, hari ini. FOTO ihsan bomba
Rumah kongsi yang musnah terbakar di Taman Semenyih Fasa 3, Semenyih, hari ini. FOTO ihsan bomba
Nurul Hidayah Bahaudin

RUMAH kongsi di tapak pembinaan Taman Semenyih Fasa 3, Semenyih musnah terbakar pada 2 petang, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.07 petang.

"Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati rumah kongsi itu sudah terbakar 100 peratus," katanya.

Katanya, hanya lima daripadanya yang berpenghuni.

"Bagaimanapun, ketika kejadian, semua penghuni tidak berada di dalam rumah kongsi terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2017 @ 11:10 PM