ANGGOTA Bomba memadamkan kebakaran di tapak pembinaan di Jalan PJU 8/8, Bandar Damansara Perdana. FOTO IHSAN JBPM
ANGGOTA Bomba memadamkan kebakaran di tapak pembinaan di Jalan PJU 8/8, Bandar Damansara Perdana. FOTO IHSAN JBPM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


RUMAH kongsi di tapak pembinaan di Jalan PJU 8/8, Bandar Damansara Perdana, di sini terbakar kira-kira jam 4.15 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4.21 petang.

“Seramai 27 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Damansara dan BBP Seksyen 7 dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati api marak di rumah kongsi berkenaan dan operasi pemadaman dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Hafisham berkata, kebakaran itu menyebabkan bangunan terbabit musnah 90 peratus.

“Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini. Pihak kami masih menyiasat punca dan jumlah kerugian dialami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2020 @ 7:19 PM