DR Sheikh Muszaphar memegang kembar lelaki yang dilahirkan, semalam.
DR Sheikh Muszaphar memegang kembar lelaki yang dilahirkan, semalam.
myMetro

Kuala Lumpur: Umpama keajaiban dan tuah, Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berkongsi tarikh kelahiran dengan dua kembar lelakinya, kelmarin.

Detik istimewa itu dikongsi menerusi akaun Facebook milik Sheikh Muszaphar apabila dua kembar berkenaan selamat dilahirkan pada jam 10.05 pagi, kelmarin, oleh isterinya Dr Halina Mohd Yunos.

“Alhamdulillah, kedua-dua kembar memutuskan untuk keluar hari ini (kelmarin). Kami dikurniakan dua bayi lelaki pada jam 10.05 pagi,” katanya dalam status yang mendapat lebih 900 ‘likes’ itu.

Katanya, dua anak perempuannya, Sophea Isabella dan Sophea Natasha begitu teruja dengan kelahiran adik mereka sebelum beliau mengucapkan terima kasih kepada setiap doa diberikan peminat.

Lebih manis Sheikh Muszaphar turut memuat naik gambar dirinya memegang kedua-dua bayi itu.

“Meluangkan masa bersama kembar, saya terpesona melihat kedua-duanya yang seiras,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2017 @ 5:41 AM