Sheikh Muszaphar dan isteri, Halina bersama anak ketujuh mereka.
Sheikh Muszaphar dan isteri, Halina bersama anak ketujuh mereka.

Kuala Lumpur : Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 50, dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos, 42, dikurniakan anak ketujuh iaitu bayi lelaki, semalam.

Bayi seberat 2.98 kilogram (kg) itu dilahirkan di pusat perubatan di Damansara, di sini.

Sheikh Muszaphar berkata, dia bersyukur proses kelahiran itu lancar dan isteri serta bayinya kini sihat.

"Ibu dan bayi dalam keadaan baik, minum susu badan. Alhamdulillah syukur sangat. Terima kasih semua atas doanya," katanya.

Sheikh Muszaphar berkata, dia juga sudah memilih nama untuk anak ketujuhnya itu walaupun mendapat pelbagai permintaan nama daripada anak-anaknya yang lain.

"Nama sudah dipilih, demi cinta kepada nabi terakhir kita. Tapi anak-anak mahukan nama lain. Noah nak Ibrahim, Tasha nak Isaac. Adam nak Adam Junior, manakala Eusoff dan Emelia tidak kisah. Hanya Bella saja setuju dengan nama tu.

"Setiap mereka ada pendapat berbeza. Mari kita panggil dia 'little' Sheikh buat masa ini anak-anak," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sheikh Muszaphar dan Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Pasangan itu sebelum ini dikurniakan enam anak iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2023 @ 5:14 PM