Tertuduh dipenjara 24 tahun dan 15 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini tadi. FOTO Fathil Asri
Tertuduh dipenjara 24 tahun dan 15 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini tadi. FOTO Fathil Asri
Muhamaad Razis Ismail


PENGAWAL keselamatan dipenjara 24 tahun dan 15 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu tadi terhadap tuduhan merogol anak tirinya, empat tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 52 tahun selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 6 Januari 2016.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 11 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Air Terjun, Semerak, Pasir Puteh pada jam 12.30 tengah malam, Disember 2013.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 10 sebatan jika sabit kesalahan.  

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala tertuduh diwakili peguam Raja Mohd Afiq Mohd Azmi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Julai 2017 @ 12:55 PM