Tertuduh dijatuhi hukuman mati terhadap tuduhan membunuh pekerjanya di Mahkamah Tinggi. FOTO Syamsi Suhaimi
Tertuduh dijatuhi hukuman mati terhadap tuduhan membunuh pekerjanya di Mahkamah Tinggi. FOTO Syamsi Suhaimi
Muhamaad Razis Ismail


KONTRAKTOR lelaki dihukum gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tadi selepas didapati bersalah membunuh pekerjanya dengan membakarnya di ladang kelapa sawit Cherang Tuli, Pasir Puteh, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu terhadap Ghana Parkas Anthony, 38, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Ramu Avali, 39 di sebuah ladang kelapa sawit, Cherang Tuli, Pasir Puteh, pada jam 6 petang, 11 Mei 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ainul Wardah Shahidan manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Haijan Omar.

Harian Metro pada 12 Mei 2015 melaporkan seorang lelaki maut selepas dibakar di dalam ladang kelapa sawit.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa ditemui melecur 50 peratus sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2017 @ 5:12 PM