ARAU  4 July 2017.  Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof (kanan) menunjukkan wajah lelaki warganegara Myanmar berumur 23 tahun yang sedang dicari polis untuk membantu siasatan kes pembunuhan di sebuah kebun sayur di Kampung Sungai Durian, Mukim Kurung Anai, Arau.  STR HAFIZUDIN MOHD SAFAR

GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Hafizudin Mohd Safar

BURUH ladang lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan sekerja di rumah kongsi di Kampung Sungai Durian, Mukim Kurung Anai, Arau, 10.55 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati mangsa, 37, ditikam rakan sekerjanya, 23, selepas berlaku perselisihan faham.

"Mangsa dan suspek bertengkar berpunca daripada perselisihan faham kerana tidak mahu berpindah ke kediaman kongsi lain seperti diarahkan majikan,"katanya dihubungi hari ini.

"Selepas menikam mangsa, suspek mengamuk menyebabkan penghuni lain di kongsi terbabit melarikan diri,” katanya.

Nanda berkata, mangsa dipercayai tinggal di kongsi terbabit bersama 10 penghuni lain dan mempunyai E-Kad dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia untuk bekerja dalam sektor perladangan di negara ini.

Katanya, mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar untuk bedah siasat.

"Dalam masa sama suspek masih dicari polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 10:05 AM