MBAPPE berswafoto dengan peminatnya biarpun Perancis ketinggalan kepada Sepanyol ketika itu. -FOTO Agensi
MBAPPE berswafoto dengan peminatnya biarpun Perancis ketinggalan kepada Sepanyol ketika itu. -FOTO Agensi
Agensi

Munich: Kylian Mbappe terpaksa membantu pengawal keselamatan Euro 2024 selepas seorang peminat memasuki padang untuk berswafoto bersama bintang terkenal Perancis itu.

Kapten Perancis itu sedang memberi tumpuan untuk membantu negaranya menentang Sepanyol ketika perlawanan separuh akhir Euro apabila penyokong itu menyelinap masuk ke padang pada separuh kedua perlawanan.

Mbappe kelihatan bingung apabila penyokong mendekatinya, sebelum berjaya berswafoto dengan pemain berusia 25 tahun itu.

Pemain baru Real Madrid itu bagaimanapun kelihatan kesal selepas itu dan menyarankan penyokong itu untuk keluar dari padang dan ditangkap oleh beberapa pengawal.

Insiden itu berlaku ketika Perancis ketinggalan 1-2 kepada Sepanyol yang akhirnya dimenangi oleh Sepanyol.

Mbappe berdepan kesukaran sepanjang beraksi di Euro musim ini apabila hanya menjaringkan satu gol itupun menerusi penalti dengan Perancis kini disingkirkan daripada pertandingan itu.

Di tengah kesukaran beraksi bersama negaranya, Mbappe kini sedang bersiap sedia untuk menjalani kehidupan dengan kelab baharu selepas meninggalkan PSG untuk menyertai Real Madrid.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2024 @ 1:20 PM